• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Objek Kecil Ditemui Dalam Pencarian MH370

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha akan dilakukan untuk memastikan sama ada dua objek kecil yang ditemui di Pulau Maldives pada Jumaat merupakan serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dua objek kecil bersaiz tapak tangan itu telah dibawa pulang ke Malaysia semalam oleh pasukan penyiasat.

“Objek itu telah dibawa pulang dan pasukan penyiasat akan menentukan dalam masa terdekat sama ada ia adalah serpihan pesawat MH370,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan tahunan Wanita MCA Selangor ke-40 di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau turut berkata misi pencarian MH370 membabitkan tiga negara – Malaysia, Australia dan China – akan diteruskan di dasar Lautan Hindi dan antara perkara utama yang harus dilakukan sekarang adalah untuk mencari kotak hitam dan bangkai pesawat itu.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Ogos lepas mengumumkan bahawa pakar antarabangsa telah mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion sebelum ini adalah daripada MH370.

Ia menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terhempas ke dalam Lautan Hindi.

Liow seterusnya berkata mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia bagi menentukan semula kawasan pencarian pesawat MH370 dijangka berlangsung awal September.

Buat masa ini, beliau berkata kementerian masih menunggu keputusan analisis yang dilakukan pasukan pakar termasuk Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), agensi yang mengetuai pencarian MH370 di Lautan Hindi.

Sementara itu, Liow yang juga Presiden MCA berkata pihaknya menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik yang diumumkan Najib baru-baru ini.

Beliau berharap ia menjurus kepada parti-parti politik meningkatkan ciri pentadbiran dan transparensi dalam menguruskan pembiayaan politik.

“MCA sendiri sudah lama mengamalkan konsep ini,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/Xty453HeKP8

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd