• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Usah Jadi ‘Tukang Viral’ Sebar Info Salah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Anggota UMNO hari ini digesa supaya tidak sewenang-wenangnya mempercayai fitnah di media sosial dan menjadi ‘tukang viral’dalam menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata dalam keadaan ‘zaman fitnah’ berleluasa ketika ini, anggota UMNO perlu bekerja ‘secara luar biasa’ dalam menangani cabaran fitnah itu menerusi medium berkenaan.

“Dalam perkembangan media sosial ketika ini, benda yang positif pun boleh jadi negatif.

Sekarang, ternyata media sosial merupakan senjata yang boleh menjatuhkan kerajaan kalau kita tidak tanganinya secara luar biasa.

“Maklumat yang disampaikan menerusi medium itu (media sosial) boleh dimanipulasikan sehingga mempengaruhi rakyat supaya percaya sesuatu yang palsu sebagai perkara benar,” katanya.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan, di sini hari ini.

Merujuk situasi ketika ini, beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran mangsa fitnah berleluasa sehingga ‘dicederakan seteruk-teruknya’ menerusi media sosial.

Sehubungan itu, beliau berkata anggota UMNO mesti mempunyai tekad untuk menangkis segala serangan yang ditimbulkan di media sosial dan menjawab tuduhan dengan pantas dalam segala isu yang ditimbulkan.

Beliau berkata JASA pada masa yang sama juga mempunyai ‘cyber troopers’ yang memainkan peranan secara luar biasa di media sosial bagi memperbetulkan sebarang fitnah yang wujud.

“JASA kini tidak lagi mengambil pendekatan defensif tetapi menyerang.

Kita betulkan apa yang tidak betul, kita dedahkan perkara sebenar supaya orang ramai jelas mengenai situasi yang berlaku,” katanya, sambil mengulangi bahawa JASA akan menerbitkan buku berkaitan jawapan kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=qw83RITcv6Y

Tags: jasaPuad ZarkashiUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd