• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiap Ujian Ke Atas UMNO Ada Hikmah – Zambry

oleh Ahmad Albab
15/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Anggota UMNO perlu melihat segala masalah dan krisis yang melanda parti itu secara positif kerana ia bukanlah perkara asing kepada UMNO sejak ia ditubuhkan pada 1946.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata sejak dahulu lagi, UMNO sudah menghadapi pelbagai ujian dan krisis, namun ia sedikit pun tidak menghalang UMNO untuk terus kekal sebagai parti utama dalam kerajaan hari ini.

“UMNO melalui pelbagai ujian dan cabaran sejak ditubuhkan pada 1946 sehinggalah ke hari ini, namun setiap kali kita diuji, kita boleh lihat pada masa itulah kita kekal bersatu, itulah hikmah kepada UMNO,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun di sini hari ini.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata UMNO hari ini menjadi kuat kerana telah banyak menempuh ujian dan cabaran, bukan sahaja dari luar malah dalam parti itu sendiri.

Katanya anggota UMNO perlu lebih kuat dan bersemangat serta menjadikan segala krisis dan ujian sebagai panduan untuk terus mara ke hadapan sejajar dengan asas perjuangan parti untuk membela bangsa dan agama.

Beliau berkata anggota UMNO sebenarnya menjadi lebih kuat setiap kali mereka berhadapan sesuatu krisis dan ia terbukti dalam senario politik di Terengganu dan Perak yang pernah jatuh kepada parti pembangkang.

Zambry berkata ketika dua negeri itu ditadbir oleh pembangkang, UMNO dan bangsa Melayu kembali bangkit bersatu.

“Terengganu dan Perak boleh saya kata senasib, kita pernah kalah, Terengganu pada 1999 dan Perak 2004…bila kita kalah kita bangkit semula hari ini,” katanya.

Beliau berkata slogan ‘Gelombang Biru’ yang bermula di Terengganu perlu dibangkitkan semula sebagaimana semangat itu pernah melanda seluruh negara pada Pilihan Raya Umum 2004.

“Saya yakin apa yang berlaku kepada UMNO hari ini adalah ujian dan takdir daripada Allah kepada kita,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: UMNOZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud...

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

“Insya-Allah” – Annuar Ulas Kerjasama UMNO-PAS Di Negeri Sembilan

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - "Insya-Allah". Demikian jawapan ringkas Tan Sri Annuar Musa ketika ketika ditanya Mynewshub berhubung kemungkinan kerjasama UMNO dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd