• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Jika Anggota Tentera Terbabit Dalam Insiden Tembakan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas jika siasatan mendapati ada anggota tentera yang terbabit dalam insiden tembakan rambang di Khemah Pos Tentera, Felda Sahabat 22, dekat Lahad Datu, tengah malam 12 Ogos yang mengorbankan seorang anggota tentera.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telahpun menerima laporan berhubung kejadian itu malam semalam dan siasatan masih berjalan.

“Seperti dahulu saya pernah nyatakan ia tidak mengira anggota (tentera) kita atau tidak dan ia tidak terkecuali. Kalau terbukti ada salah laku, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Ledang Datuk Ir Hamim Samuri, Anggota Dewan Undangan Negeri Serom Abd Razak Minhat dan bekas Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu, seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan rakan setugas mereka.

Aggota yang terbunuh dikenali sebagai Koperal Raju Karno Rano Karno, 30, manakala anggota yang cedera dikenali sebagai Koperal Julian Anak Janang.

Seorang suspek berumur 22 tahun itu telah ditahan manakala sepucuk senapang M4 Carbain serta satu kelopak mengandungi 22 butir peluru hidup dirampas. – BERNAMA

 

Tags: HishammuddinTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd