• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

oleh Ahmad Albab
14/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang warga emas yang juga pekerja sebuah tokong di Jalan Gopeng di sini ditemui mati dipercayai dibunuh, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Anuar Othman berkata mayat mangsa berusia 77 tahun itu ditemui pada pukul 7.30 malam dengan kesan kecederaan di bahagian tangan serta berlumuran darah dipercayai ditetak dengan objek tajam.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 8 malam oleh seorang pekerja apabila mendapati pintu di tokong itu masih terbuka dan seorang lelaki terbaring berlumuran darah, katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya.

Anuar berkata mangsa yang tinggal di Pasir Putih di sini, difahamkan baru dua bulan bekerja di tokong berkenaan.

Menurutnya, tiada penemuan sebarang senjata di lokasi kejadian dan polis meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=cxhWnXE6qKk

Tags: kes bunuhwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd