• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Perlu Ambil Tindakan Tegas Pihak Sebar Gambar, Maklumat Palsu

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyebar gambar dan maklumat palsu di laman sosial bagi menimbulkan keresahan dan perasaan panik rakyat.

Beliau berkata semalam rakyat digemparkan dengan gambar dan maklumat palsu di laman sosial berhubung kejadian puting beliung dan pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta di Lumut.

“Pihak yang memuat naik gambar dan maklumat palsu dalam laman sosial adalah tidak bertanggungjawab…mereka mengambil kesempatan untuk mewujudkan suasana panik, takut dan boleh menjejaskan keselamatan rakyat di Perak.

“Kita semak, perkara itu tidak berlaku sama sekali kerana puting beliung itu berlaku di Mexico tetapi ia didakwa berlaku di Perak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan membiarkan perkara sedemikian berlaku dan SKMM perlu bertindak segera bagi mengenal pasti siapa yang melakukan perkara ini.

Zambry berkata selain itu, terdapat juga pihak yang memuat naik gambar gajah liar di Jalan Gerik-Jeli di laman sosial sehingga menimbulkan suasana panik rakyat di seluruh negara yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau berkata tindakan sedemikian sememangnya dirancang dengan teliti untuk memberitahu rakyat kononnya kejadian itu benar berlaku. – BERNAMA

 

Tags: laman sosialSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd