• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penoreh Getah Maut Dibelasah Di Sik

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seorang penoreh getah maut selepas dibelasah dalam kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi Isnin di rumahnya di Kampung Lubuk Nami, dekat sini.

Mangsa, Mohd Shakir Saidin, 36, dipercayai penagih dadah ditemui mati dalam keadaan terlentang di halaman rumahnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sik, DSP Mohd Ismail Ibrahim ketika ditemui Bernama berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam, bekas dicekik, serta tulang rusuk patah pada badan mangsa.

Siasatan awal katanya mendapati kejadian disyaki berpunca daripada dadah, dan polis turut menemui satu tiub kecil dipercayai dadah jenis Heroin di dalam poket seluar yang dipakai mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata susulan kejadian berkenaan, polis menahan empat suspek lelaki berusia antara 19 dan 63 tahun, untuk membantu siasatan.

“Polis masih menyiasat sama ada mangsa mempunyai rekod jenayah, bagaimanapun keempat-empat suspek tiada rekod jenayah. Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Sementara itu, jenazah mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubuk Nami, petang semalam. – BERNAMA

 

Tags: kes gaduhmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd