• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam KLIA Rampas Dadah RM3 Juta, Tahan Tiga Warga Asing

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan seorang wanita dan sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat kira-kira 17.8kg bernilai RM3 juta dalam dua operasi berasingan pada 3 dan 8 Ogos lepas.

Pengarah Kastam KLIA Datuk Chik Omar Chik Lim berkata wanita serta pasangan suami isteri warga India ditahan di KLIA sejurus tiba dari Chennai, India pada pukul 7.40 pagi Sabtu lepas (8 Ogos).

Katanya imbasan pada bagasi ketiga-tiga suspek yang mendakwa datang ke negara ini atas tujuan perniagaan pakaian dan tekstil, menampakkan imej meragukan.

“Pemeriksaan lanjut menemui dadah jenis methamphetamine seberat 5.11kg dan 10.17kg dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.90 juta yang disorokkan di satu ruang khas di dalam beg yang ditutupi dengan beberapa helai pakaian,” katanya dalam sidang media di sini Selasa.

Chik Omar berkata walaupun pasangan itu dan wanita terbabit tidak mengenali antara satu sama lain, suspek dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah berdasarkan modus operandi datang bersama, seperti kes-kes yang berjaya ditumpaskan sebelum ini.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Katanya siasatan mendapati pasangan suami isteri berusia 42 dan 32 tahun itu telah memasuki negara ini hampir 20 kali sejak 2013 untuk tujuan perniagaan, manakala wanita berumur 56 tahun itu sebanyak empat kali, juga atas urusan perniagaan.

Mengenai kehadiran hampir 20 kali suspek ke Malaysia yang memungkinkan sejumlah dadah dibawa masuk, Chik Omar berkata kedatangan mereka tidak semestinya membawa dadah.

“Mungkin sebelum ini mereka datang tanpa membawa dadah, mungkin juga untuk melakukan tinjauan terhadap kawalan keselamatan yang dilakukan di lapangan terbang sebelum membuat keputusan datang bersama dadah,” katanya.

Chik Omar dalam pada itu berkata kes pada 3 Ogos lepas pula melibatkan cubaan menyeludup dadah menerusi syarikat penghantaran cepat di KLIA.

Beliau berkata dadah itu ditemui di dalam sebuah bungkusan dari Lagos, Nigeria selepas ‘bungkusan’ yang dikirimkan kepada penerima yang beralamat di Kuala Lumpur itu gagal dituntut.

Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu diisi dengan sembilan bungkus makaroni, satu bungkusan ikan masin dan 37 paket mee segera yang mana setelah diuji bungkusan makaroni tersebut positif dadah jenis ketamine dengan berat kasar 2.54kg bernilai RM95,850, katanya. – BERNAMA

 

Tags: Kastamkes dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd