• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Salah Info, Pemuda Sebar Foto ‘Auntie Menangis’ Minta Maaf

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT tindakan menyebarkan beberapa keping gambar seorang penjaja makanan ringan terduduk berhampiran troli jualannya yang berselerakkan, pemuda tersebut akhirnya tampil membuat memohon maaf.

Dalam satu sidang akhbar yang dibuat semalam, individu berusia 22 tahun itu hadir secara sukarela untuk menerangkan tentang tindakan yang dilakukannya.

Menurutnya yang juga penuntut sebuah pusat pengajian tinggi, tujuannya berkongsi imej-imej peniaga tersebut adalah kerana rasa simpati terhadap wanita berkenaan.

Cuma Nak Cari Sesuap Nasi, Kenapa Nasib Mak Cik Ini Jadi Begini?

NURUDDIN ABDUL MAJID
Penuntut berkenaan (tengah) tampil membuat permohonan maaf kerana kesilapannya menjadi punca kepada pelbagai spekulasi di Internet

“Saya mohon maaf… sebenarnya tiada niat pun untuk saya memburukkan mana-mana pihak kerana status Facebook itu dibuat sewaktu saya emosi, dan saya tahu tindakan itu adalah tindakan bodoh kerana saya tidak fikir panjang akan kesannya.

“Sebenarnya pihak MBI tidak bersalah dalam hal ini, mereka hanya menjalankan tugas,” ujarnya seperti yang dilaporkan Bernama.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Datuk Omar Ahmad berkata, beliau telahpun meminta pihak Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengambil tindakan terhadap peniaga tidak berlesen yang menjaja di sekitar kawasan hospital berkenaan.

“Kita telah bayar kantin kita RM14,000 sebulan, kenapa ada orang datang berniaga di sini dengan percuma dan mengganggu lalu lintas.”

Setiausaha MBI, Mohd Zakuan Zakaria pula berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan mengikut keperluan kepada wanita berkenaan.

“Kalau dia datang minta bantuan… mungkin kita akan berjumpa dengan beliau dan menawarkan apa yang boleh kita bantu.”

Sebelum ini, isu seorang penjaja wanita berbangsa India menjadi viral apabila beberapa keping gambar yang menunjukkan dia sedang terduduk sambil hasil perniagaannya seperti maruku, bertaburan di atas jalan raya, dikongsi ramai di Internet.

Malah, ada andaian yang dibuat mengatakan pihak MBI yang bertindak sedemikian rupa hanya kerana wanita terbabit tidak memiliki permit untuk berniaga di situ. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

MPPP Tak Berhati Perut, Rampas Kerusi & Meja Makan Nasi Kandar Line Clear Pukul 4 Pagi

Tags: hospitalIndiapeniagaPerakWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd