• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Perlu Terus Bantu Transformasi Minda Rakyat – MB Terengganu

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pengamal media perlu terus membantu kerajaan negeri dalam mentransformasikan minda dan mengubah paradigma masyarakat agar matlamat Terengganu menjadi negeri maju dalam acuan sendiri tercapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata media telah memainkan peranan penting selama ini dalam mendidik masyarakat untuk bersama-sama membangunkan negeri ini secara lestari dan harmoni.

“Walaupun ketika ini terlalu banyak maklumat boleh diperoleh di hujung jari, ia tidak sama dengan kesahihan berita yang disampaikan oleh media arus perdana kerana sumber yang tepat dan maklumat benar.

“Saya berharap agar kerjasama yang terjalin erat antara pengamal media dan kerajaan negeri ini akan terus mantap,” katanya pada majlis Anugerah Kewartawanan Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat)-ExxonMobil di sini malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong, Naib Presiden dan Pengarah Kewangan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Ernest Miller dan Presiden Kawat Ayob Mamat.

Miller dalam ucapannya berkata ExxonMobil akan sentiasa menyokong Kawat dalam penganjuran anugerah itu kerana ia adalah platform terbaik dalam memastikan rakyat Terengganu sentiasa dihidangkan dengan berita berinformasi yang berfaedah untuk kehidupan mereka.

“Semoga pertandingan ini akan terus menjadi wadah bagi pengamal media berusaha menyajikan berita yang lebih berkualiti dan paling penting mestilah mempunyai impak positif terhadap masyarakat. Terima kasih atas sokongan rakan setugas,” katanya.

Dalam majlis itu, dua petugas Bernama Biro Terengganu memenangi tempat kedua iaitu Nur Fazlizai Ali bagi kategori Penulisan Berita Sukan Terbaik dan Arjasneh Ahmad bagi kategori Foto Terbaik dengan masing-masing membawa pulang RM1,000.

Nur Fazlizai menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah untuk semua petugas di Bernama Biro Terengganu atas semangat kerja berpasukan yang begitu cemerlang selama ini.

“Kemenangan ini meningkatkan lagi motivasi saya untuk terus menghasilkan berita terbaik dan bertugas dengan lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya yang meraih kemenangan buat kali ketiga dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Bagi Arjasneh, kemenangan itu adalah sebagai indikator terbaik buat beliau dalam menghasilkan lebih banyak karya yang dapat membantu masyarakat untuk menjadi insan yang prihatin dan sentiasa positif untuk mencapai kejayaan diimpikan.

“Hadiah ini hanya sampingan, paling penting ialah kualiti kerja perlu diutamakan dan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu terutama Unit Foto Bernama,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahmanmedia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd