• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Mahu Terus Jadi Parti Tulang Belakang Sarawak – Abang Johari

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu terus mempertahankan kedudukannya sebagai parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri Sarawak.

Timbalan presidennya Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata PBB akan bekerja keras untuk mengulangi kecemerlangannya pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata adalah tidak menjadi masalah untuk PBB meneruskan kecemerlangannya seandainya anggota parti itu terus bersatu seperti yang berlaku sekarang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri PBB Zon Kuching di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi. Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta isteri masing-masing.

Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak berkata seluruh ahli PBB kini menyokong penuh kepimpinan Adenan sebagai presiden parti itu dan ketua menteri Sarawak.

Katanya, sejak dilantik sebagai ketua menteri Sarawak pada 28 Februari tahun lepas, begitu banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Adenan termasuk memansuhkan Tol, menurunkan tarif elektrik dan membanteras kecurian balak.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat di bawah kepimpinan Najib yang memberi peruntukan pembangunan yang lebih besar ke negeri Sarawak. – BERNAMA

 

Tags: PBBsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd