• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Akan Dapat Lima Daripada 11 Kerusi Baharu Dun

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mendapat lima daripada 11 kerusi baharu negeri bagi pilihan raya negeri akan datang kerana parti itu mampu memenangi semua kerusi itu.

“Kami sekarang mempunyai 35 kerusi yang kami tidak pernah gagal menyumbang kepada Barisan Nasional (BN). Saya pasti akan meneruskan tradisi ini,” katanya ketika berucap pada perjumpaan Aidilfitri anjuran PBB zon Kuching di sini, malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara tetamu yang hadir pada majlis itu.

Adenan, yang juga presiden PBB, berkata BN Negeri itu sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri yang boleh dipanggil pada bila-bila masa dalam tempoh 10 bulan dari sekarang,.

“Untuk sekarang, marilah kita memberikan tentangan sengit kepada pembangkang dan melemahkan mereka. Kemudian, barulah kita memanggil pilihan raya,” katanya sambil berjenaka.

Untuk rekod, Sarawak sekarang mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Mahkamah Rayuan baru-baru mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan persempadanan kawasan pilihan raya negeri dan memutuskan bahawa 11 kerusi baharu yang dicadangkan boleh diguna pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut Adenan, PBB akan menambah kerusinya daripada 35 sekarang kepada 40 kerusi daripada 82 kerusi (71 + 11).

Mandat penuh DUN Sarawak akan berakhir pada Jun 2016.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Najib atas kepercayaannya melantik lapan orang wakil dari Sarawak menjadi menteri penuh dalam Kabinet beliau.

“Ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara dan satu penghormatan kepada negeri ini.

“Saya dengan ini menyeru kepada rakyat Sarawak supaya menolak calon pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang untuk membolehkan kita mengambil bahagian dan mengukuhkan pentadbiran negara,” kata Adenan.

Mandat penuh DUN sarawak. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd