• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Royalti Single Sujudku Disalur Ke Badan Kebajikan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua kutipan royalti bagi single Sujudku nyanyian Aidiel Ghaffar, Aris Ariwatan dan Badri Ibrahim akan dikumpul melalui Tabung Harapan Clixster sebelum disalurkan kepada badan kebajikan, kata pencipta lagu tersebut Othman Masri.

Beliau yang juga terkenal dengan nama Man Senoi berkata, single Sujudku dicipta sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut Ahad ini dan merupakan projek ikhlas Clixster Music Sdn Bhd yang bukan mengejar keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada menyentuh rohani masyarakat.

Katanya, lagu tersebut tidak akan dijual di pasaran kerana ia akan dimuat naik ke laman sosial Youtube bagi memudahkan pendengar untuk mendengar atau memuat turun lagu tersebut secara percuma.

“Kita wujudkan Tabung Harapan Clixster, dan melalui tabung tersebut kita alu-alukan sekiranya ada sumbangan daripada pendengar dan akan disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik atau badan kebajikan.

“Sekiranya ada permintaan, kita akan keluarkan VCD single lagu Sujudku untuk dijual kepada masyarakat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Clixster Mobile Group di sini hari ini.

Menurut Othman lagi, royalti ini tidak terhad kerana setiap tahun ia akan dikumpulkan selagi lagu itu masih mendapat siaran di kaca televisyen mahupun di muat turun atau ditonton di Youtube.

Katanya, lagu itu mengambil masa 10 bulan untuk dicipta selepas beberapa kali diubah dari segi muziknya dan mempunyai tiga kombinasi irama iaitu keroncong, gamelan dan samba.

“Saya lebih gemar untuk bereksperimen menerusi lagi ini,” katanya sambil berharap lagu itu akan mendapat sambutan untuk disiarkan kerana ia akan menambahkan lagi jumlah kutipan royalti.- BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

Kerajaan Johor Suarakan Isu Jerebu Kepada Konsul Jeneral Indonesia

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan jerebu rentas sempadan yang ketika ini turut menjejaskan negeri itu khususnya...

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd