• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Guru Al-Quran: Perintah Reman 2 Suspek Dilanjutkan

oleh Ahmad Albab
10/08/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Perintah reman ke atas dua lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita guru al-Quran di Jeli bulan lepas dilanjutkan masing-masing kepada 14 dan 16 Ogos bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan terperinci akan dijalankan terhadap kedua-dua suspek dan beliau tidak menolak pembunuhan itu bermotifkan cemburu.

“Daripada siasatan yang dilakukan setakat ini kita percaya kedua-dua suspek lelaki yang berusia 54 dan 52 tahun itu mempunyai perasaan terhadap mangsa yang kematian suami sejak enam tahun lalu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kota Baharu di sini hari ini.

Mazlan berkata kedua-dua suspek juga mengenali mangsa sejak sekian lama dan menetap berhampiran kediaman guru al-Quran itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas kedua-dua suspek supaya tindakan tegas dapat diambil kepada pelaku terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Suspek pertama berusia 52 tahun sebelum ini dilaporkan ditahan pada 31 Julai lalu di Kampung Batu Melintang, Jeli, selepas sehari mayat mangsa ditemui, manakala suspek kedua ditahan di sebuah kedai kopi di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli, pada 2 Ogos.

Pada 31 Julai lalu, mangsa, Rudziah Shaufee, 50, dikatakan hilang sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan mereput di tepi Sungai Pergau, Batu Melintang. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd