• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Tegas Tak Bersekongkol Dengan Pembangkang

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau tidak pernah bersekongkol dengan pembangkang untuk menumbangkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata selaku orang nombor dua dalam parti yang ditunjangi orang Melayu itu, adalah tidak munasabah untuk beliau berbuat demikian.

“Saya tidak ada komplot untuk tumbang perdana menteri dengan bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor (Mohamed Azmin Ali) dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)… kedua-dua telah nafi dan saya tidak perlu nafi atau cakap kerana saya tidak terlibat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata beliau yang berada dalam UMNO selama lebih 40 tahun nekad untuk menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai timbalan presiden bagi meneruskan perjuangan membela orang Melayu.

Beliau seterusnya mengingatkan anggota UMNO terutama di Selangor supaya tidak mudah mengaku kalah untuk menguasai semula negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Merujuk kepada pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi UMNO, Muhyiddin berkata anggota parti terutama sayap Pemuda perlu mengutamakan soal kepentingan perjuangan parti melebihi pangkat dan jawatan yang disandang.

“Tugas kita untuk selesai cari jalan isu-isu seperti GST (Cukai barang dan Perkhidmatan), pengangguran anak-anak muda, kenaikan harga kos barang selain dibebani masalah lain yang berlegar dan membawa beban,” katanya.

Kepada pimpinan Pemuda yang mempunyai idealisme baharu itu, beliau menasihatkan golongan itu supaya menggunakan platform yang tepat bagi mengutarakan isu dan pandangan selaras dengan perkembangan arus semasa.

“Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju, namun ia memerlukan komitmen keseluruhan kepimpinan terutama golongan muda yang berani dan tegas,” katanya. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

18/07/2026
0

SEREMBAN - Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang...

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd