• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olimpik 2016: Pandalela Mahu Kuatkan Ketahanan Mental, Fizikal

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg berhasrat untuk menguatkan lagi ketahanan mental dan fizikalnya sebelum beraksi di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pandelela melayakkan diri ke sukan berprestij itu selepas mara ke pusingan akhir acara 10m platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Kazan, Rusia selain memperoleh pingat gangsa bagi acara tersebut, minggu lepas.

“Sebagai persediaan, bulan depan saya ada Kejohanan Terjun Piala Asia dan Kejohanan Terjun Malaysia di Kuala Lumpur. Bagi saya pertahanan mental dan fizikal perlu kuat selain tidak berputus asa berlatih untuk menang.

“Kedua-dua unsur ini penting bagi memastikan proses latihan saya berjalan dengan lebih fokus. Saya kena lebih gigih kerana saya yakin atlet yang layak ke Olimpik, mereka bekerja keras untuk menang,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur setibanya dari London, England.

Pandelela berkata beliau menjadikan percutian ke London selepas tamat siri Terjun Kejohanan Dunia sebagai motivasi untuknya beraksi lebih cemerlang.

Mengulas mengenai prestasinya di Kazan, pemegang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 itu berkata secara peribadi, beliau berasa bangga memperoleh pingat gangsa pertama bagi acara individu.

Sebelum ini Pandelela pernah memenangi dua pingat gangsa di Kejohanan Dunia, hasil gandingan bersama Lee Mun Yee dalam acara 10m platform seirama di Rome, Itali pada 2009 dan Barcelona, Sepanyol pada 2013. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd