• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Parti Terkuat Kerana Kesetiaan Anggotanya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – UMNO mampu menjadi parti terkuat dan tulang belakang kerajaan sejak sekian lama kerana kesetiaan yang ditunjukkan oleh anggotanya, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Justeru, Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu menyeru setiap anggota supaya menunjukkan kesetiaan kepada parti dan bangkit mempertahankan parti itu dalam menghadapi pelbagai cabaran pada masa ini.

“Ketika UMNO membuat keputusan melebarkan sayapnya ke Sabah dahulu perkara paling pokok yang ditegaskan pada masa itu ialah bersetia kepada parti, kepada kepimpinan kerana di Sabah tukar parti itu seperti tukar baju.

“Alhamdullilah berkat kesetiaan dan bersatu padu ini, UMNO Sabah menjadi antara terkuat,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Alor Gajah di Selandar, dekat sini, Sabtu.

Turut hadir Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh, yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah dan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata kesetiaan kepada presiden UMNO merupakan antara kesetiaan penting yang perlu ditunjukkan dalam kalangan anggota parti.

Beliau berkata jawatan presiden UMNO itu ialah suatu ‘institusi’ yang perlu dipertahankan setiap anggota dan dengan kesetiaan itulah UMNO mampu maju ke hadapan.

“Antara sebab UMNO ini kuat adalah kerana adanya kesetiaan itulah, kecualilah presiden atau kepimpinan itu melakukan sesuatu perkara yang tidak boleh dimaafkan, barulah kita fikirkan kaedah yang lain,” katanya.

Beliau turut meluahkan kerisauan pada ketika UMNO masa ini menghadapi pelbagai cabaran yang getir, kesetiaan dan kesatuan dalam kalangan anggotanya nampak semakin suram.

“Anggota UMNO perlu kembali kepada asas kita, parti perlu dipertahankan, institusi presiden (UMNO) perlu dipertahankan dengan kesetiaan yang ada pada setiap anggota,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd