KUALA LUMPUR – Pemilik perniagaan kecil di negara ini, kini berpeluang menarik pelanggan menerusi telefon mudah alih menggunakan aplikasi unik yang dikenali sebagai 365Mshop.
Untuk aplikasi ini, perniagaan hanya perlu membuat pelaburan awal sebanyak RM100, yang membolehkan mereka menyediakan tambah nilai talian prabayar mudah alih pelanggan mereka dari mana-mana syarikat telekomunikasi tempatan, 24 jam sehari.
Mereka juga boleh menambah nilai antarabangsa ke-12 negara termasuk Indonesia, India, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Filipina.
Promoter skim itu, Hussein Resources Sdn Bhd, turut menawarkan latihan kepada mereka yang berminat.
Pengurus besarnya Adnan S Hussein berkata perkhidmatan itu membolehkan peniaga kecil menambah asas pelanggan dan jualan produk masing-masing.
Kelebihannya ialah peniaga tidak perlu membuat pelaburan ke atas terminal atau telefon tetap tetapi hanya telefon mudah alih dengan sambungan Internet.
Adnan berkata pada masa ini hampir 80 peratus pemilik telefon mudah alih di negara ini membabitkan pengguna prabayar.
“Perkhidmatan ini menyediakan peluang besar untuk peniagaan kecil memanfaatkan permintaan untuk perkhidmatan tambah nilai.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Hussein Resources Sdn Bhd di +601110655253 (Adnan)/+60162387252 (Saifuddin) atau e-mel [email protected]. – BERNAMA