• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Bukti Fizikal Di Reunion Boleh Beri Maklumat Muktamad

oleh AK-47
08/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Flaperon atau kepingan sayap pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion adalah suatu bukti fizikal yang boleh membawa kepada maklumt jelas berhubung kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata selain flaperon, serpihan lain daripada pesawat juga dijumpai di pulau itu, tetapi pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan sama ada ia adalah sebahagian daripada MH370.

“Tanpa bukti fizikal, ia suatu tugas yang mencabar. Sekarang, kami sudah mempunyai bukti fizikal. Ia membawa kami semakin hampir dengan kenyataan, ia membawa kami lebih dekat kepada maklumat muktamad,” katanya pada taklimt media di sini hari ini.

Taklimat itu diadakan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini bahawa para pakar antarabangsa telah mengesahkan bahawa flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis itu adalah berasal daripada Penerbangan MH370 – menyokong kesimpulan sebelum ini bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terhempas di Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Liow berkata lokasi flaperon itu dijumpai adalah sama dengan hasil analisis hanyutan oleh para pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

“Mengikut geraf dan pola grid, serpihan itu boleh hanyut hingga ke Madagascar. Pola grid itu juga mengesahkan bahawa MH370 jatuh di selatan Lautan Hindi,” katanya.

Beliau berkata misi mencari, yang kini memasuki fasa kedua dan melibatkan kawasan 60,000km persegi, akan diteruskan dan dijangka selesai selewat-lewatnya menjelang awal tahun depan.

Bagaimanapun, perbincangan lanjut akan diadakan dengan pasukan pakar bagi mendapatkan pandangan mereka sama ada usaha mencari perlu diteruskan di kawasan sekarang atau usaha mencari bangkai utama MH370 perlu dilakukan di kawasan baharu, katanya.

Menurut beliau, Malaysia, China dan Australia juga akan mengadakan mesyuarat tiga pihak peringkat menteri bagi membincangkan langkah seterusnya yang perlu diambil dalam usaha mencari MH370.

“Saya telah menghubungi Menteri Pengangkutan China tentang perkara ini dan kami akan berbincang mengenai tarikh mesyuarat ini tidak lama lagi,” katanya.

Penerbangn MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada pengesanan radar pada 8 Mac 2014.- BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd