• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayuan Kes Rasuah Khir Toyo Diputuskan Akhir Bulan Ini

oleh Ahmad Albab
07/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan dijangka memutuskan rayuan kes rasuah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, akhir bulan ini.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria memaklumkan demikian kepada pemberita ketika ditanya status kes berkenaan setelah hampir tujuh bulan mahkamah selesai mendengar hujahan kesemua pihak.

Rayuan Khir adalah berhubung sabitan dan hukuman atas pertuduhan mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo untuk dirinya dan isteri.

Selain itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel lima hakim dalam kes tersebut, turut mengesahkan perkara tersebut dan berkata peguam, yang mewakili Khir serta pihak pendakwaan akan dimaklumkan oleh Pendaftar Mahkamah berkenaan tarikh sebenar keputusan.

Hakim Arifin dan Hakim Zulkefli ditemui pemberita selepas majlis sambutan hari raya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan perasmian pameran ‘Magna Carta To Commonwealth Charter’, di sini Khamis.

Kali terakhir kes tersebut didengar oleh Mahkamah Persekutuan ialah pada 19 Jan lepas.

Pada 23 Dis 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Khir, 50, bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 47, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan ke atasnya.

Hartanah itu dikatakan diperoleh empat tahun lalu daripada Shamsuddin Hayroni yang menjadi pengarah Ditamas Sdn Bhd.

Khir, yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan supaya hartanah terbabit dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.

Pada 30 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Khir kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, pameran ‘Magna Carta To Commonwelth Charter’ yang membawa maksud ‘The Great Charter’ (Piagam Agung) telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui dokumen dan cetusan idea mengenai keadilan dan hak asasi manusia sejak 800 tahun dahulu.

Bahan pameran telah dibawa khas dari London dan ia boleh disaksikan sehingga esok di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebelum dipamerkan di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada 10 hingga 14 Ogos ini.

‘Magna Carta’ bukan sahaja telah mewujudkan kedaulatan undang-undang tetapi juga mencorak asas kebebasan individu serta bertindak sebagai sumber rujukan kepada perjalanan sistem perundangan sesebuah negara.

Malaysia adalah antara enam buah negara Komenwel yang terpilih untuk pameran tersebut selain Scotland, Kanada, Barbados, Malawi dan New Zealand. – BERNAMA

Tags: Khir Toyorasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd