KUALA LUMPUR – Sekolah yang ditutup kerana banjir besar penghujung tahun lepas tidak perlu mengadakan hari ganti persekolahan, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa tarikh penangguhan persekolahan seperti yang terkandung dalam surat siaran Bil 24 Tahun 2014 yang bertarikh 29 Dis adalah tidak perlu diganti kerana ia merupakan hari bencana dan bukan dianggap sebagai cuti.
“Tempoh penangguhan sesi persekolahan itu bermaksud sebagai tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Ia meliputi sekolah yang dijadikan psat penempatan sementara, ditenggelami air atau keadaan guru, ibu bapa dan murid yang mengambil masa untuk dipulihkan dan membuat persiapan persekolahan mereka, katanya. – BERNAMA

