• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mia Sara Akui Sering Dibuli, Dipukul Rakan Sekolah

oleh AK-47
08/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUPANYA bergelar selebriti pada usia muda tidak semudah seperti disangkakan.

Buktinya, pelakon cilik Mia Sara mendedahkan bagaimana dia melalui saat getir apabila sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah termasuk diejek dek kerana populariti yang dikecapi.

Mia-Sara-Dedah-Dibuli-Kena-Pukul-Kerana-Jadi-Artis-ROTIKAYA-700x498
“Mereka buli saya, mengejek, baling batu dan pernah juga pukul. Saya sedih dan kadang kala rasa geram. Tetapi ayah pesan, biar orang buat kita, tetapi jangan kita buat orang,” katanya kepada mStar Online.

Tambah pelakon berusia 10 tahun ini, meskipun dibuli sedemikian rupa namun perbuatan rakan-rakan sekolahnya itu tidak mendatangkan kecederaan.

Oleh itu, Mia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu sensitif dengan sikap rakan-rakannya.

Sementara itu, bapanya Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh mengakui tahu situasi yang menimpa anaknya itu namun enggan masuk campur kerana mahu Mia Sara belajar berdikari.

“Bagi saya apa-apa yang berlaku di sekolah, biar cikgu yang uruskan, saya tak mahu masuk campur. Saya nak Mia melalui proses seperti kanak-kanak lain. Lagipun dia seorang selebriti dan bukan mudah untuknya melalui pengalaman itu.

“Jangan sampai anak saya cedera teruk kena belasah, sudahlah. Bagaimanapun saya akan pastikan dia mendapat nasihat dan motivasi setiap hari. Saya tak mahu dia pulang ke rumah dengan emosi terganggu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mia bakal terlibat dengan penggambaran drama Super Game Boy, untuk siaran Astro Ceria. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online

Tags: Mia Sarapelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kontroversi Mia Sara Kembali Hangat, Nama Dikaitkan Isu Tular Bersama Puteri Balqis

Kontroversi Mia Sara Kembali Hangat, Nama Dikaitkan Isu Tular Bersama Puteri Balqis

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Nama pelakon remaja Mia Sara Nasuha kembali menjadi bualan ramai di media sosial selepas timbul satu kontroversi...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd