• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertahanan Sedia Bantu Pencarian MH370

oleh Ahmad Albab
06/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sedia memberi bantuan yang diperlukan untuk mencari baki atau serpihan lain pesawat Malaysia Airlines MH370 bagi merungkai misteri kehilangan pesawat itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata walaupun penemuan sayap pesawat itu di Pulau Reunion melegakan hati banyak pihak, namun usaha mencari lebih banyak bukti bukan merupakan tugas yang mudah.

“Selepas penemuan bukti terbaharu itu, masih banyak lagi tugas yang diperlukan kerana ia tidak dapat menentukan di mana kedudukan sebenar pesawat itu.

“Ia bukan mudah. Itu kawasan terpencil, lautannya dalam dan bukan banyak peralatan di dunia ini yang boleh digunakan. Tetapi kita sudah lakukannya sebelum ini pada keluasan 60,000 kilometer persegi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pemaikan pangkat Pegawai Kanan Kehormat Askar Wataniah kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas mengenai pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal pagi tadi yang mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang lebih 17 bulan lalu.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur menuju Beijing hilang pada 8 Mac 2014 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal.

Hishammuddin berkata memandangkan serpihan yang dijumpai itu merupakan serpihan terapung, para pakar harus mengenal pasti dari segi arus lautan untuk meneruskan pencarian pesawat.

“Tetapi dengan petunjuk yang kita ada sekarang di Pulau Reunion, kita boleh perkecilkan kawasan pencarian dan perkara ini saya percaya sedang dipertimbangkan bukan sahaja oleh Kementerian Pengangkutan tetapi juga pakar-pakar dari negara lain khususnya Australia dan China,” katanya.

Beliau berkata model kerjasama yang digunakan ketika peringkat awal pencarian pesawat iaitu bersama China dan Australia, boleh digunakan sekali lagi berikutan perkembangan terkini itu. – BERNAMA

 

Tags: HishammuddinMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd