• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Sarawak Mahu Terus Dalam Pakatan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Sarawak akan terus komited dengan pakatan pembangkang dalam usaha mewujudkan sistem dua parti di Malaysia, kata Ketua Pemuda PAS Sarawak, M.Arifiriazul Paijo.

Beliau berkata, pendirian Pemuda PAS Sarawak itu sejajar dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Muktamar PAS di Johor baru-baru ini.

Justeru, beliau menggesa semua pemuda pakatan pembangkang bersikap rasional dan tidak terleka dengan isu-isu sampingan yang hanya merugikan dan memusnahkan pakatan tersebut.

“Pakatan hendaklah menjadi benteng pelindung rakyat dan bukannya bercakaran sesama sendiri.

“Alangkah malang jika usaha yang dijalankan selama ini hancur begitu sahaja dengan salah faham yang sepatutnya boleh dielakkan dengan perbincangan dan menghormati perbezaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mendesak kepimpinan pakatan pembangkang di semua peringkat semua menyelesaikan sebarang permasalahan secara tertutup, bukan melalui media.

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

‘Qunut Nazilah Makan Diri’ – Ketua Pengarah J-KOM

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali menyindir kemelut yang melanda PAS dan BERSATU dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd