• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Plaza Tol Di Utara Mula Kutipan Elektronik Sept Ini

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak lima plaza tol milik PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Kedah dan Pulau Pinang akan melaksanakan kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya bermula 9 September ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi berkata lima plaza tol itu ialah di Jitra dan Bukit Kayu Hitam, Kedah serta Plaza tol Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang dan Lunas di Pulau Pinang.

Beliau berkata orang ramai kini boleh mendapatkan kad Touch ‘n Go pada harga promosi RM5 dan SmartTAG pada RM96 di plaza-plaza tol sehingga 30 September ini.

“Pelaksanaan ETC dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol terlibat. Bagi mereka yang tidak mempunyai kad Touch ‘n Go, kita juga turut buka kaunter di sebelah kiri bagi membolehkan orang ramai mendapatkan kad tersebut.

“Bagi pelancong luar terutamanya warga Thailand, mereka juga perlu mendapatkan kad tersebut. Kita juga telah iklankan dan salurkan maklumat itu kepada rakyat Thailand yang keluar masuk negara ini,” katanya pada taklimat pelaksanaan ETC di sini hari ini.

Mohammad Fuad berkata pihaknya akan melaksanakan sistem ETC di plaza tol tertutup lain pada masa akan datang bagi memastikan kelancaran trafik yang menggunakan lebuh raya PLUS.

Beliau juga menjangkakan kesesakan di plaza tol Bukit Kayu Hitam dapat dikurangkan apabila plaza tol itu diasingkan daripada Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam.

“Kita jangka pada Mac tahun depan plaza tol Bukit Kayu Hitam akan beroperasi di premis baharu,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: PLUSTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd