• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

34 Pati Ditahan Dalam 3 Operasi Berasingan Di Lumut

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seramai 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk lapan wanita ditahan dalam tiga operasi berasingan di daerah ini, Selasa malam.

Ketua Imigresen Lumut Nor Azman Ibrahim berkata dalam operasi yang bermula pukul 8.10 malam itu, dua majikan rakyat tempatan turut ditahan dalam lima serbuan di lokasi berbeza yang dijalankan 17 anggota dan pegawai Imigresen Lumut.

Beliau berkata seramai 77 warga asing diperiksa dalam tiga operasi yang dilaksanakan iaitu Ops Belanja, Ops Sapu dan Ops Sayang di beberapa lokasi seperti kedai makan, pasar mini dan rumah kongsi.

“Kesemua warga asing yang ditahan melibatkan 11 lelaki warga Indonesia, lima lelaki warga Pakistan, empat lelaki warga India, tiga lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Vietnam dan seorang lelaki warga Myanmar yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 14 hingga 50 tahun.

“Turut ditahan lima wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Indonesia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini Rabu.

Nor Azman berkata kesemua warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menetap melebihi masa dibenarkan manakala majikan ditahan atas kesalahan melindungi PATI di premis masing-masing.

Katanya, kesemua warga asing terbabit akan dibawa ke Depoh Tahanan Langkap untuk siasatan lanjut.

“Kita akan menumpukan beberapa kawasan lain lagi yang merupakan tempat panas PATI bagi memastikan kebanjiran warga asing di kawasan ini dibendung sekali gus mengurangkan kes jenayah di kawasan ini,”katanya. – BERNAMA

 

 

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd