• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Edge Berjaya Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd hari ini berjaya memperoleh kebenaran bagi semakan kehakiman berhubung penggantungan dua penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dua penerbitan syarikat itu, The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily, telah digantung penerbitan selama tiga bulan sejak 27 Julai lepas berkaitan laporannya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili KDN dan peguam syarikat penerbitan itu, Daryl Goon.

Alice kemudian memberitahu pemberita bahawa mahkamah bagaimanapun menolak permohonan syarikat itu untuk penangguhan sementara penggantungan kedua-dua penerbitan itu sehingga permohonan inter-parte didengar.

Mahkamah menetapkan Rabu depan (12 Ogos) untuk pendengaran permohonan inter-parte tersebut.

Pada 27 Julai lepas syarikat penerbitan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

The Edge Communications Sdn Bhd telah memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding di bawah Aturan 53 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan perintah certiorari supaya mahkamah menolak keputusan Menteri Dalam Negeri.

Syarikat penerbitan itu turut memohon suatu perintah interim untuk penggantungan pelaksanaan keputusan sehingga penyelesaian pendengaran permohonan dan kos.

Menteri Dalam Negeri dalam surat bertarikh 23 Julai lepas yang ditandantangani oleh Hashimah Nik Jaafar bagi pihak menteri, telah memaklumkan kepada syarikat itu penggantungan permit penerbitan kedua-dua penerbitan itu untuk tempoh tiga bulan mulai 27 Julai.

Berdasarkan surat yang dihantar kepada ketua pengarang syarikat itu, Ahmad Azam Mohd Aris, KDN memaklumkan bahawa laporan mengenai 1MDB oleh The Edge adalah memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan dan kepentingan negara.

Sekiranya gagal mematuhi arahan penggantungan, tindakan pembatalan permit permit terhadap kedua-dua penerbitan itu akan dibuat. – BERNAMA

 

Tags: kes mahkamahThe Edge
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd