• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tetap Merbahaya! Mufti Isytihar E-Rokok, Vapor Haram

oleh Ahmad Albab
06/08/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

TREND menghisap e-rokok atau lebih dikenali sebagai vapor yang kini melanda Malaysia diisytiharkan haram oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifly Mohamad al-Bakri.

Melalui status yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata, Irsyad Fatwa dalam sidang terkini memutuskan bahawa amalan menghisap vapor atau vape tetap haram kerana pakar memaklumkan bahawa ia tetap membahayakan keselamatan, malah boleh menjadi lebih mudarat dari rokok.

TERDAHULU: Pengguna E-Rokok Mahu Penggunaan Dikawal Selia

Untitled

Selain itu, ia juga dilihat sebagai satu bentuk pembaziran kerana pengguna akan menghabiskan sebahagian dari pendapatan mahupun sumber kewangan untuk perkara yang tidak mendatangkan kebaikan.

Tambah Dr Zulkifly lagi, budaya yang kian menular di Malaysia itu juga dipandang sebagai mengikut perilaku bukan Islam dan tindakan tersebut tergolong sebagai tidak bermaruah.

5-must-knows-about-e-cigarettes-nobody-knows

Dalam kenyataan sama, beliau juga berkata, walaupun sebahagian besar pengguna e-rokok menyifatkan tindakan mereka itu sebagai cara untuk menghentikan ketagihan kepada pengambilan rokok sebenar, namun ia bukanlah alasan yang kukuh.

Ini kerana asas kepada perasa yang dimasukkan ke dalam vape sebelum disedut tetap memiliki tabacco dan nikotin, iaitu bahan yang mendatangkan kemabukan dan memberi keburukan.

Sejak kebelakangan ini, trend menghisap rokok elektronik semakin menjadi pilihan terutama dari golongan perokok tegar yang cuba mencari alternatif lain dalam mengatasi ketagihan mereka.

Menurut pengguna, selain mengawal pengambilan nikotin, ia turut menjimatkan wang kerana lebih tahan lama berbanding rokok sebenar. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

5 Bahaya Rokok Elektronik Yang Perlu Anda Tahu

https://www.youtube.com/watch?v=5_7fgoIARvc

Tags: agama islambahayaharamkesihatanMuftiRokokrokok elektronik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

Sokongan Terhadap Iran: Zaid Ibrahim Persoal Sikap Membisu Majoriti Mufti Ulama 

24/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim tampil mempersoalkan sikap membisu golongan mufti dan ulama tempatan...

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd