• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GHB Bukan Perjuangan Allahyarham Nik Abdul Aziz

oleh Ahmad Albab
06/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRA – Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Beliau berkata Allahyarham Nik Abdul Aziz tetap bersama PAS walaupun parti itu pernah beberapa kali dilanda perpecahan.

“Allahyarham Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetap dengan PAS walaupun ada Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia), ada Berjasa (Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Tok Guru (Nik Abdul Aziz) pun meninggal dunia dalam PAS.

“GHB tak selaras dengan perjuangan Allahyarham Nik Abdul Aziz walaupun ada dakwaan macam itu,” katanya ketika berucap pada Ceramah Isu Semasa PAS di Markas PAS Kuala Krai di sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Mursyidul Am PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Nasuruddin dalam ucapannya turut berkata DAP adalah sebuah parti yang ‘cakap tak serupa bikin’ dan mempergunakan PAS semata-mata untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum.

“PAS tak putus hubungan dengan DAP tapi DAP yang (mula-mula) putuskan hubungan dengan PAS (dalam pakatan pembangkang),” katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mempersoalkan tindakan GHB yang berterusan menyerang Kelantan walaupun ia adalah negeri pimpinan pembangkang.

Beliau berkata strategi berkenaan akan merugikan pembangkang kerana dilihat akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Ramai penganalisa (politik) menganggap bahawa ini satu strategi yang tak betullah,” katanya yang turut mempersoalkan mengapa GHB perlu menarik anggota PAS menyertai gerakan itu kerana ia tidak memberi sebarang nilai tambah kepada pembangkang.

Ditanya mengenai tindakan provokasi oleh beberapa bekas pimpinan tertinggi PAS terutama dari kalangan Anggota Parlimennya yang dilihat mencabar parti itu untuk memecat mereka, Tuan Ibrahim berkata pihaknya menggunakan kaedah ‘pujuk dan bincang’ sebelum sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka.

“Pertamanya dari segi peraturan parti, sekiranya mana-mana Anggota Parlimen masuk parti lain, secara automatik dia akan hilang keanggotaan.

“Yang keduanya semua calon-calon PAS terikat dengan baiah, kalau ikut baiahnya dia mesti mengosongkan kerusi yang dia menang, dan beri semula mandat kepada rakyat. Kalau dia tak buat dia langgar baiah dialah,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: GHBPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd