• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dibenar Cabar Keputusan Lembaga Pengampunan

oleh Ahmad Albab
04/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Ogos ini bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyennya untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi sabitan kesalahan dalam kes liwat.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu dalam kamarnya apabila kes itu dikemukakan kepadanya hari ini.

Seseorang pemohon perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum meneruskan dengan permohonan semakan kehakiman.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar memberitahu pemberita hakim juga membenarkan permohonan anak guamnya untuk pindaan kecil dalam kertas semakan kehakiman.

Pada 24 Jun, Anwar, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuannya Nurul Izzah dan Nurul Nuha memfailkan permohonan untuk mengetepikan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac dan agar lembaga itu menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar, 67.

Mereka juga memohon perintah mandamus agar lembaga itu mengadakan semula mesyuaratnya dan menimbang semua perkara berhubung petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja yang dikemukakan anggota keluarga Anwar serta mempersembahkan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam afidavit untuk menyokong permohonannya, Anwar mendakwa keputusan lembaga itu melanggar peraturan keadilan asasi dan oleh itu, adalah tidak sah.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman terhadapnya pada 10 Feb kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. – BERNAMA

 

Tags: Anwar Ibrahimkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd