• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Wawasan Satukan Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Jaringan Rakyat Malaysia yakin penubuhan cuma satu jenis sekolah di negara ini iaitu sekolah wawasan dapat menangani insiden berdarah di Plaza Low Yat di ibu negara baru-baru ini berulang.

Presidennya, Dr. Ng Lum Yong berkata, melalui sekolah wawasan, sekolah yang dahulunya terasing akan disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari.

“Ia selari hasrat negara untuk menghasilkan masyarakat yang mempunyai semangat era baru untuk meneruskan wadah wawasan negara.

“Membentuk sistem persekolahan berkonsepkan perpaduan ini amat bertepatan dengan hasrat Malaysia yang ingin melahirkan masyarakat bersatu padu dan bertepatan dengan falsafah pendidikan megara yang menitikberatkan keharmonian dalam proses penimbaan ilmu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lum Yong berkata, melalui penubuhan sekolah wawasan, golongan pelajar daripada pelbagai kaum dapat disatukan dibawah satu bumbung dan boleh berinteraksi serta bekerjasama khususnya dalam satu-satu aktiviti berkumpulan.

Justeru, kata beliau, penubuhan sekolah wawasan merupakan satu medium yang amat bertepatan dan penting dalam mewujudkan rakyat yang bersatu padu dalam menempuh cabaran dunia yang serba mencabar pada hari ini.

“Sekolah Wawasan ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cinta akan negara terutamanya golongan yang lahir selepas merdeka yang kurang memahami konsep bangsa Malaysia.

“Pendidikan merupakan satu kunci yang amat penting untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi,” katanya. -mynewshub.cc

 

Tags: rakyat MalaysiaSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd