• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Gagal Ke Final Selepas Kalah Kepada Mesir

oleh Ahmad Albab
04/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad wanita negara gagal ke final apabila kalah 2-0 kepada juara bertahan Mesir pada saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 di Eindhoven, Belanda, Isnin.

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian sama pada edisi 1997 dan 1999 masing-masing di Brazil dan Belgium.

Pada saingan separuh akhir, juara remaja dunia, Nouran Gohar menghadiahkan mata pembukaan kepada Mesir apabila dengan mudah mengalahkan Andrea Lee dalam masa 21 minit dengan keputusan 11-0, 11-7 dan 11-4.

Mesir mengesahkan slot final menerusi Habiba Mohamed apabila mengalahkan pemain remaja utama negara, S. Sivasangari dengan 11-6, 11-5 dan 11-6.

Mesir, yang memburu gelaran ketujuh, akan bertemu dengan pemenang antara England dan Amerika Syarikat, yang dijadual lewat malam tadi.

Sebagai rekod, Mesir telah merangkul kejuaraan tersebut sebanyak enam kali iaitu pada 1999, 2003, 2007, 2009, 2011 dan 2013. – BERNAMA

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd