• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Adakan Ujian Pemilihan Bagi Kejohanan Remaja Dunia

oleh Ahmad Albab
04/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan sesi ujian pemilihan pemain untuk Kejohanan Remaja Dunia yang akan berlangsung di Lima, Peru dari 4 hingga 8 Nov ini.

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen berkata pemilihan akan diadakan di Stadium Bukit Kiara pada 10 hingga 14 Ogos ini dan akan dipantau oleh Pengurus Projek Prestasi Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS), Kwan Yoke Meng dan jurulatih lain.

Beliau berkata mereka akan mengundang beberapa pemain yang mempamerkan aksi terbaik pada Kejohanan Remaja Asia di Bangkok, Terbuka Perak, sirkit akhir remaja kebangsaan akan datang di Alor Setar dan juga kejohanan antarabangsa lain.

“Kami telah mengenal pasti pemain-pemain yang kami berpendapat perlu berada dalam ujian pemilihan,” katanya kepada pemberita di Pejabat BAM di Stadium Bukit Kiara, di sini hari ini.

Sementara itu, Frost merancang untuk melakukan beberapa perubahan untuk membentuk lima pemain yang beliau sifatkan diletakkan dalam ‘ruang’ kerana tidak terlibat dalam program maksimum dalam tempoh setahun.

“Ini (membuang masa mereka). Saya fikir kita boleh melakukan lebih baik apabila mereka berada di luar kelompok lima. Mereka sebenarnya mempunyai sepenuh masa untuk bermain dan latihan.

“Kita tidak benar-benar menggunakannya. Saya fikir kita boleh mengkaji dan melihat apa yang perlu dirombak,” katanya.

Frost berkata beliau akan menghantar cadangan itu dan berharap BAM akan menerima perubahan dan membuat beberapa pelaburan untuk mencapai sasaran mereka. – BERNAMA

Tags: BAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd