• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Penentuan Flaperon Daripada MH370 Bermula Rabu

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proses menentukan sama ada flaperon yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi adalah daripada pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan dilakukan di Toulouse, Perancis, Rabu ini.

Ia akan dijalankan oleh wakil pakar dari Malaysia, China, Amerika Syarikat, Perancis dan Boeing, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Kami akan membuat pengumuman sebaik sahaja proses pengesahan itu selesai (We will make an announcement once the verification process has been completed),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Serdang di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai sirpihan itu.

Sebarang spekulasi mengenainya akan memberi tekanan kepada waris penumpang dan masyarakat yang ingin tahu mengenai penemuan tersebut, kata Liow.

“Sejauh yang kita tahu, serpihan, iaitu flaperon yang ditemui pada Rabu lalu, disahkan adalah bahagian daripada Boeing 777, tetapi terlalu awal untuk mengaitkannya dengan MH370. Begitu juga dengan objek-objek lain yang ditemui selepas itu,” katanya.

Liow juga berkata usaha telah dibuat bagi menyedarkan masyarakat di kawasan terbabit supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika menemui sebarang objek yang mungkin berkait dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.

Ia berikutan laporan bahawa sebelum ini pada Mei lalu seorang penduduk Reunion Island telah menemui objek yang didakwa kerusi pesawat tetapi telah melupuskannya kerana tidak tahu mengenai MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

“Ia merupakan usaha global…kita telah pun memberitahu mengenai maklumat ini kepada pihak berkuasa kawasan kemungkinan termasuk Pulau Sumatera agar penduduk setempat memberi kerjasama jika terjumpa dengan sebarang bukti mengaitkan pesawat MH370,” katanya.

Liow juga berkata Malaysia akan berbincang dengan China dan Australia bagi memutuskan langkah selanjutnya dalam usaha mencari pesawat itu. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd