• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Pantai Akui, Pernah Bakar Serpihan Pesawat

oleh AK-47
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pekerja pantai di Pulau Reunion mengakui, dia ada membakar beberapa ‘sampah’ yang ditemuinya sejak awal tahun ini, dipercayai serpihan pesawat.

Pekerja terbabit Nicholas Ferrier berkata, antara yang dibakarnya adalah kerusi berwarna biru dan beberapa serpihan beg bagasi.

“Saya juga ada jumpa beberapa bag yang masih penuh dengan isi,” ujar Ferrier kepada The Sunday Telegraph.

MH370: Lagi Serpihan Ditemui, Kali Ini Bertulisan Cina & BM

“Tapi saya telah membakar kesemuanya kerana tugas saya di sini adalah kumpulkan sampah dan bakar,” kata Ferrier lagi.

Tambahnya, dia sebenarnya pernah melihat objek yang kini disahkan sebagai flaperon pesawat Boeing 777 selepas ditemui di Reunion minggu lepas, sejak awal Mei lalu namun tidak mengesyaki apa-apa malah pernah menggunakan flaperon tersebut sebagai alas duduknya ketika memancing.

Ferrier hanya menyedari flaperon tersebut mungkin ada kena mengena dengan pesawat MH370 yang hilang tanpa jejak sejak Julai tahun lepas, apabila berita tentang penemuan itu dihebahkan dalam siaran berita.

MH370: Flaperon Tiba Di Makmal Perancis

Sebelum ini seorang penduduk tempatan turut memberitahu, dia pernah melihat flaperon tersebut terapung lebih dua bulan lalu ketika bersiar-siar di pantai bersama anak lelakinya.

Wanita dikenali sebagai Isabelle itu dilaporkan memberitahu Zinfos974.com, “Sekitar 10 Mei lalu saya dan anak lelaki sedang berdiri di atas satu batu di pantai tersebut apabila anak saya menjerit memberitahu: “Ibu lihat, objek terapung itu kelihatan seperti sayap pesawat!””

Isabelle dan anaknya bagaimanapun beredar dari pantai tersebut tanpa berbuat apa-apa. Mereka hanya teringat tentangnya selepas penemuan flaperon diberi liputan meluas oleh media minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=iV43UUe1XSU

Oleh: Rem Ramzi

Tags: MH370Reunion
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd