• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Komunikasi Dan Multimedia Perlu Dikaji Semula – Mohd Salleh

oleh Ahmad Albab
02/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak hari ini berkata beliau melihat wujudnya keperluan untuk mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) kerana rakyat Malaysia menganggap media sosial dan Internet sebagai kawasan kekuasaan tanpa undang-undang.

Dalam satu blog, beliau berkata langkah itu dianggap tepat pada masanya kerana media sosial telah menjadi alat yang perlu dalam kehidupan seharian yang memberi kesan bukan sahaja kepada aliran maklumat tetapi juga kewangan dan perniagaan.

“Apabila AKM mula digubal pada tahun 1998, kerajaan tidak pernah membayangkan bagaimana Internet akan menjadi begitu popular dan betapa pesat dan meluasnya penggunaan media sosial,” katanya.

Dr Mohd Salleh berkata, ia tidak akan mengejutkan jika, tidak lama lagi, segala-galanya dilakukan sepenuhnya di Internet seperti apa yang berlaku di sesetengah negara di mana satu-satunya cara untuk menyiapkan sesuatu perkara adalah melalui Internet.

Beliau berkata sebagai contoh, beberapa syarikat penerbangan mahu para pelancong menggunakan kemudahan daftar masuk mereka dalam Internet, dan oleh itu tanpa internet seseorang itu boleh tidak pergi melancong.

“Apa yang menjadi kebimbangan sekarang ialah popular, dan kadang-kadang perlu, bahawa penggunaan Internet juga telah menarik pelbagai jenayah Internet seperti penipuan, kecurian data, kecurian identiti dan perbuatan mengada-adakan berita palsu dan dokumen palsu,” katanya.

Dr Mohd Salleh menjelaskan sementara menegakkan kebebasan bersuara dan hak untuk maklumat, rakyat Malaysia juga mesti dilindungi, pada masa yang sama, daripada libel, fitnah dan memburukkan kewibawaan dan reputasi seseorang individu atau sesebuah organisasi, yang menurutnya adalah perbuatan jenayah yang nampaknya menjadi trend sejak kebelakangan ini.

“Tiada sebuah negara di dunia ini di mana kebebasan bersuara adalah termasuk kebebasan untuk berbohong dan memfitnah. Keselamatan negara dan ketenteraman awam juga perlu diambil berat, dan boleh membahayakan jika tidak ada kawalan sewajarnya ke atas apa yang dilakukan dan dikatakan oleh seseorang,” katanya.

Dr Mohd Salleh berkata akta itu perlu dikaji semula bagi menyeimbangkan antara tidak menghalang kebebasan bersuara dan terus dengan kebebasan maklumat manakala pada masa yang sama, melindungi rakyat Malaysia daripada perbuatan jenayah yang menjadi trend sejak kebelakangan ini.

“Kami akan, sudah tentu, mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada mereka yang berada dalam industri untuk memastikan bahawa pendekatan yang lebih holistik dicapai supaya ia memenuhi objektif.

“Ini bagi memastikan orang ramai bahawa langkah ini tidak bertujuan untukmenghalang kebebasan bersuara atau mengehadkan kebebasan maklumat,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Salleh KeruakSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd