• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kena Bantu Perhimpunan Gulingkan Kerajaan?

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP membantah tindakan polis menahan seramai 29 individu termasuk wakil rakyat pembangkang kerana mengadakan perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan di ibu negara semalam.

Ketuanya, Teo Kok Seong mendakwa, tindakan polis menangkap Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang serta aktivis yang menyertai perhimpunan itu tidak sepatutnya berlaku.

Beliau sebaliknya mendakwa pihak polis sepatutnya membantu supaya perhimpunan itu berjalan dengan lancar kerana pasukan itu tertakluk dibawah undang-undang dalam negara.

“Pihak polis dan penguatkuasa sepatutnya memainkan peranan “facilitate” untuk memastikan perhimpunan dapat berjalan dengan lancar.

“Polis dan mana-mana sekalipun pihak berkuasa adalah tertakluk dibawah kedaulatan undang-undang termasuklah hak berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis semalam bertindak menahan seramai 29 individu kerana mengadakan perhimpunan #TangkapNajib dan cuba mencetuskan provokasi.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Seksyen 124 membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, manakala Seksyen 143 boleh memperuntukkan hukuman enam bulan penjara, denda atau kedua-duanya.  - MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPperhimpunan harampolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu rasa tidak puas hati masyarakat bukan...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd