• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Takut Bercakap Benar” – Shafie

oleh Ahmad Albab
02/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – Umno akan menjadi lemah jika ahli-ahlinya hanya bersikap ‘mengangguk’ kerana takut untuk menyatakan kebenaran, kata Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie, yang digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam rombakan Kabinet pada Selasa berkata, ahli Umno harus berani menyatakan kebenaran.

“Dalam perjuangan, anda tidak boleh takut bercakap benar dan jika anda terus berpegang kepada kepercayaan bahawa kita berada di sini untuk rakyat, maka InsyaAllah, kita tidak akan ditolak.

“Demi parti ini yang saya sayang, saya berjanji di sini bahawa saya akan meneruskan perjuangan saya.

“Tetapi adakah salah saya memberi nasihat? Kita semua tidak boleh menjadi ‘yes men’. Ia tak sepatutnya wujud. Ia akan melemahkan kita,” kata Shafie pada majlis perasmian Mesyuarat Umno Hulu Selangor di sini, Sabtu.

Shafie juga mendakwa, parti itu juga tidak menangani isu-isu berkait yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia, seperti kesan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kontroversi 1MDB dan lain-lain.

Beliau kemudian berkata kepada pemberita bahawa kritikan beliau perlu diambil secara positif, sambil menambah ia bertujuan untuk mengukuhkan Umno dan keyakinan terhadap Kerajaan.

“Saya akan tetap setia. Siapa kata saya tidak akan setia? Tetapi apa yang bahayanya dalam memberi nasihat?” katanya.

Beliau juga menambah bahawa isu-isu ini mesti diselesaikan jika parti mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang. – mStar Online

Tags: Shafie ApdalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd