• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hari Raya Kedua

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada hari raya kedua lalu.

Norhalis Mohamad Zaid, 29, didakwa membunuh Noor Salwana Wahab, 28, di Kilometer 163, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, di sini pada pukul 9.20 pagi, 18 Julai lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang bekerja sendiri, namun tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, tertuduh yang berasal dari Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah jenis amphetamine pada jam 2 petang, 21 Julai lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Maran, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Nur Syafiqah menetapkan 7 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula.

Tertuduh yang ditangkap pada 21 Julai lalu diwakili peguam Bob S.Arumugam.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat wanita berbalut dengan kain tebal selepas kereta yang dipandu teman lelakinya terbabas di LPT, dipercayai akibat mengantuk, pada 18 Julai lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai jurutol dan tidak bercuti raya ditemui di tempat duduk hadapan dengan kecederaan di bahagian leher sementara pemandu kereta patah tulang rusuk.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Jengka di sini, dan keraguan timbul ekoran tiada kecederaan luaran pada tubuh mangsa selain keadaan mukanya seperti lemas sebelum pihak forensik mengesahkan kematian mangsa akibat kecederaan di leher.

Mangsa yang berasal dari Felda Chini dekat sini, dan difahamkan mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd