• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Biasa Tetapi Banyak Berita Tidak Betul Di Media Sosial

oleh AK-47
02/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebakaran di Tingkat 10 Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam hanya memusnahkan kertas, buku dan surat khabar lama yang dihimpun di luar koridor tingkat berkenaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menyiasat kebakaran itu.

“Pelbagai spekulasi yang timbul semalam di media sosial. Ada pula yang cuba mengaitkan dengan kes yang lain. Ini tidak ada kena mengena pun, benda sudah terbakar, jadi polis cuba ambil tindakan dengan memadam api itu.

“Ini tidak, saya lihat banyak berita yang tidak betul dilaporkan mengenai kebakaran itu yang tersebar luas di media sosial. Saya rasa ini tidak patut berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menganugerahkan Pingat Kedaulatan Negara kepada 262 pegawai Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara di Dewan Maktab PDRM, Cheras di sini, hari ini.

Beliau berkata tingkat yang terbakar itu masih beroperasi seperti biasa dan merupakan pejabat pentadbiran untuk Jabatan Siasatan Jenayah.

Khalid tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca daripada tindakan membuang puntung rokok oleh pihak tertentu.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 5.20 petang. Mengenai isu lain, beliau menafikan tindakan beberapa laporan media sosial yang kononnya pihak polis sedang menyiasat Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Siapa cakap polis siasat, setahu saya tiada siasatan dijalankan terhadap dia (Zeti),” katanya tanpa mengulas lanjut. – BERNAMA

Tags: Bangunankebakaranpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd