• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hakim Wanita ISIS Minta Kepala Manusia Sebagai Mas Kahwin

oleh AK-47
01/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita yang mendakwa dirinya pernah bekerja di mahkamah untuk dua hakim wanita bagi puak penentang kerajaan Syria dikenali sebagai kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) mendedahkan satu kisah mengerikan tentang bekas majikannya.

Menurut wanita terbabit yang berjaya melarikan diri daripada organisasi  militan yang terkenal dengan keganasan itu, dia pernah bekerja sebagai jurubahasa untuk dua hakim wanita dikenali sebagai Um Abdullah al-Said dan Roaa Um Khotaba al-Tunisi.

Balas Dendam, ISIS Godam Facebook & Twitter PDRM

Lina (bukan nama sebenar) berkata, sepanjang bekerja dengan Um Abdullah di El Mayadin, Syria dia menyifatkan hakim wanita itu seorang yang baik hati termasuk menjatuhkan hukuman yang ringan jika pesalah merupakan orang miskin.

Bagaimanapun seorang hakim wanita lain iaitu al-Tunisi amat kejam malah meminta kepala seorang kafir sebagai mas kahwin apabila ada pemimpin tempatan mahu menikahinya.

Sebelum itu, suami al-Tunisi yang merupakan pejuang ISIS telah terbunuh selepas terlibat dalam pertempuran di Kota Kabani, Syria.

Disuruh Cuci Tandas, ‘Pejuang’ ISIS Akhirnya Lari Balik Kampung

Pemimpin ISIS Abu Bakr al-Baghdadi kemudiannya mencadangkan supaya al-Tunisi bernikah semula memandangkan usianya baru 30an.

Abu Bakr yang mempertimbangkan permintaan mas kahwin al-Tunisi memutuskan, mas kahwin itu boleh ditunaikan dengan cara memenggal kepala seorang tahanan perempuan.

Tidak lama selepas itu Um Abdullah ditangkap kerana didakwa menjadi tali barut Arab Saudi, dijatuhi hukuman mati seterusnya dijadikan tahanan yang dipenggal kepalanya sebagai mas kahwin untuk al-Tunisi.

Kekejaman ISIS, Benarkah Atau Propaganda Burukkan Islam

Lina berkata, dia ada bertanya kepada pasukan Hisbah yang melaksanakan hukuman potong tangan, penggal kepala, rejam dan melempar pesalah dari bumbung berkaitan kesalahan Um Abdullah namun dinasihatkan jangan banyak bertanya demi keselamatan diri sendiri.

Antara kekejaman ISIS yang dilaporkan adalah membunuh 30 pemuda Sunni di  Baghdad, 30 Oktober tahun lalu.
Gambar menunjukkan 30 pemuda Sunni yang dibunuh militan ISIS di Baghdad, 30 Oktober tahun lalu.

Sesungguhnya, kisah diceritakan Lina ini hanyalah sebahagian daripada kisah kekejaman ISIS yang kini menguasai sebahagian wilayah Iraq dan Syria. – MYNEWSHUB.CC

Video: Wanita Tua Nasihatkan Militan ISIS Kembali Pada Ajaran Islam Sebenar

https://www.youtube.com/watch?v=q4_LtoLkWn8

Tags: ISIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek LCS Perlu Diteruskan, Projek Penting Untuk Malaysia – ISIS

01/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Projek pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) perlu diteruskan kerana produk itu sendiri penting kepada Malaysia. Ketua...

Singapura Hantar Pulang Rakyat Malaysia Terpengaruh ISIS

09/02/2021
0

SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia berumur 33 tahun dihantar pulang ke negara asalnya pada Ogos 2020 selepas siasatan menunjukkan bahawa lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd