• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Memancing Thye Tawar Penginapan, Beroperasi 24 Jam

oleh AK-47
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT kaki pancing, ini merupakan berita gembira buat anda.

Pusat memancing Thye Fishing Village & Resort yang terletak di Merbok, Kedah menawarkan pakej penginapan serta ia beroperasi selama 24 jam sehari!

Dengan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM30 seorang, anda boleh memancing selama 12 jam dengan konsep ‘catch and release’ namun anda juga boleh membeli ikan yang ditangkap, yang dijual mengikut harga pasaran.

ikan

Selepas ditangkap, anda bolehlah suruh tukang masak di pusat memancing ini untuk memasak ikan segar hasil tangkapan anda tadi secara terus dan hasilnya memang terbaik, super fresh!

Menurut pemiliknya, Tan Boon Thye, sebanyak 20 kolam terdapat di sini di mana sebanyak 15 kolam untuk penternakan udang sementara selebihnya adalah kolam untuk memancing.

ikan3

(Tan Boon Thye)

Satu rod pula boleh disewa pada harga RM30 bagi tempoh 12 jam, memang berbaloi-baloi!

“Selain memberikan perkhidmatan memancing, kami juga menawarkan bilik untuk mereka berehat di mana kami hanya caj sebanyak RM98 bagi sebuah bilik,” katanya ketika ditemui MYNEWSHUB di Bedong, Kedah, sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 anjuran Tourism Malaysia dan Majalah Santai Travel, Sahabat Media Kedah, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, selain orang tempatan, pusat memancing tersebut turut dikunjungi pelancong serta kaki pancing dari seluruh dunia antaranya Jepun, Singapura dan Australia selain penduduk dari luar Kedah iaitu dari Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Perancangan di masa hadapan, Thye menyatakan pihaknya mahu menanam sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan untuk lebih menarik perhatian pengunjung ke situ.

Antara ikan segar yang boleh didapati di sini ialah siakap, kerapu, jenahak dan lady fish.

ikan1

ikan2

Jadi, buat kaki pancing, apa tunggu lagi, ‘pack your bag and travel to Kedah’, untuk mengalami sendiri pengalaman memancing yang ternyata unik serta lain daripada lain di mana anda boleh berehat sebentar dan kemudiannya menyambung aktiviti tanpa sebarang caj tambahan yang dikenakan. Menarik bukan? – MYNEWSHUB 

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: IkanKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd