• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Nelayan Vietnam Ditahan Ceroboh Perairan Negara Pada Selasa

oleh Ahmad Albab
30/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Seramai 21 nelayan asing termasuk dua tekong diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika leka menangkap ikan secara haram di perairan negara pada Selasa.

Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kemaman Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata dua bot pukat tunda gading itu dikesan kira-kira 98 batu nautika, timur Pulau Tenggol pada 7.20 pagi.

Katanya bot nelayan Vietnam itu ditahan sepasukan 16 anggota termasuk pegawai yang melakukan Ops Tunda Gading bagi membanteras aktiviti nelayan asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara.

“Ketika melakukan rondaan itu, kami mengesan kedua-dua bot melakukan aktiviti menunda pukat di kawasan terbabit dan ketika kami menghampiri, mereka cuba melarikan diri namun berjaya dihalang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

APMM tidak menolak kemungkinan kedua-dua bot itu baru sahaja melakukan aktiviti menangkap ikan berdasarkan kepada tangkapan ikan sedikit ketika itu.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua nelayan itu, yang berusia antara 18 hingga 60 tahun, tiada mempunyai rekod pengenalan diri dan dokumen perjalanan sah.

Norhafizi berkata hasil rampasan dianggarkan bernilai RM2 juta dan berat tangkapan pelbagai jenis spesies ikan dianggarkan 300 kilogram.

Kesemua nelayan itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran dan jika sabit kesalahan, tekong bot boleh didenda sebanyak RM1 juta manakala awak-awak didenda RM100,000 setiap seorang.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan rondaan dan operasi di sekitar perairan negara bagi mengekang aktiviti nelayan asing itu. – BERNAMA

Tags: APMMNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd