• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Didakwa Milik MH370 Ditemui – M’sia Hantar Penyiasat

oleh AK-47
31/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas setahun setengah kehilangan misteri penerbangan MAS MH370 berlaku, satu penemuan serpihan di sebuah pulau milik Perancis di Lautan Hindi, la Reunion semalam mengemparkan dunia apabila dipercayai milik kapal terbang berkenaan.

Menurut laporan Associated Press yang memetik kenyataan rasmi seorang pegawai Amerika Syarikat, wujud “tahap keyakinan yang sangat tinggi” bahawa serpihan bahagian sayap yang ditemui adalah dari model Boeing 777 yakni model sama dengan kapal terbang MH370.

Menurut pegawai berkenaan, para penyiasat termasuk keselamatan udara Boeing mengenal pasti serpihan itu sebagai komponen yang dikenali sebagai “flaperon” yang dipasang pada bucu sayap Boeing 777.

Serpihan berkenaan ditemui pekerja pembersih pantai pulau berkenaan. la Reunion terletak berhampiran dengan Madagascar (rujuk peta di bawah).

mynewshub.cc

Dalam reaksi segera Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu media di New York, pasukan penyiasat Malaysia kini dalam perjalanan menuju ke la Reunion untuk mengkaji serpihan berkenaan.

“Apa sahaja serpihan yang ditemui perlu disiasat terlebih dahulu sebelum kita boleh mengesahkan ia milik MH370,” katanya.

mynewshub.cc
Serpihan yang didakwa milik MH370 diangkat penyiasat.

Tiong Lai berada di New York menyertai satu sesi berlainan melibatkan isu penerbangan MH17 yang ditembak di ruang udara Ukraine tahun lalu.

Namun, satu perkara yang menjadi tanda tanya ialah la Reunion terletak sangat jauh pada laluan yang didakwa digunakan bagi melarikan MH370.

Wujud kapal terbang lain juga yang pernah terhempas lebih hampir dengan pulau berkenaan menurut beberapa pakar.

Penerbangan MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada March 2014.

Pada masa ini, kehilangan tersebut ditakrif sebagai misteri paling besar sepanjang zaman dalam sejarah industri penerbangan.

Kerajaan Malaysia sudah mengambil pendirian rasmi kehilangan MH370 adalah disebabkan kemalangan dan semua yang berada dalam kapal berkenaan sebagai terkorban. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd