• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Melaka Kutip RM112.6j GST Dari April Hingga Mei

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri Melaka memungut Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM112.6 juta bagi tempoh April hingga Mei tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Lai Meng Chong berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM74 juta dikutip pada April iaitu bulan pertama pelaksanaan cukai itu, manakala selebihnya pada Mei.

“Bagaimanapun jumlah bagi Jun dan Julai masih belum diterima sepenuhnya,” katanya ketika menjawab soalan Lai Keun Ban (DAP-Kota Laksamana) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri diberi pelepasan daripada membayar GST ke atas perolehan bekalan (barang) kecuali kereta import dan petroleum.

Katanya, bagi perolehan kerja, perkhidmatan perunding dan perkhidmatan bukan perunding adalah tertakluk kepada GST dan kerajaan negeri akan menggunakan peruntukan sedia ada bagi menampung bayaran GST tersebut.

Sementara itu, semasa menjawab soalan Chin Choong Seong (DAP-Kesidang), Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata aktiviti penambakan laut melibatkan projek Melaka Gateway di sini telah dihentikan pada 7 Feb lepas.

Ia adalah bagi memastikan kerja-kerja penambakan laut menepati kehendak serta keperluan terkini dan di samping memastikan laporan terkini sosial ekonomi dikemukakan sebagai tambahan kepada kajian terdahulu.

“Projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek Pulau Kembar yang telah dimasukkan dalam analisis impak alam sekitar iaitu Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar Makro (EIA Makro).

“Kajian EIA Makro ini mengambil kira segenap sudut yang boleh memberi kesan dalam aspek sosial, ekonomi setempat nelayan, morfologi, hidrologi dan kualiti air marin,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTKastam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd