• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanez Suraya Kunci Mulut Gosip Rumah Tangga Bermasalah

oleh AK-47
30/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba heboh jadinya apabila muncul dakwaan rumah tangga pelakon Hanez Suraya dengan suaminya Romie Razin Adilha dikatakan sedang mengalami masalah.

gosip_hanez

Berita ini sekali gus mengejutkan peminat hiburan apatah lagi usia perkahwinan pasangan selebriti ini baru mencecah empat bulan dan Hanez kini sedang hamil.

Difahamkan, khabar ini timbul apabila Hanez dilihat memuat naik beberapa perkongsian gambar meluahkan perasaan sedihnya menerusi laman Instagram baru-baru ini.

hanes

Diminta mengulas dakwaan itu, Hanez berkata, dia tiada apa hendak diperjelaskan selain perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka.

“Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.

“Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah,” katanya kepada mStar Online.

Jelas pelakon Mr. Arrogant ini lagi, dia bimbang jika komennya akan disalah anggap oleh sesetengah pihak dan boleh mendatangkan masalah lain kelak.

Bagi Hanez, fokusnya kini hanyalah ingin menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak tiri selain menjaga kandungannya yang sudah memasuki usia empat bulan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online

Tags: hanez suraya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Suka Nama Disebut, Hanez Mohon Awi Jaga Hati

30/03/2018
0

KENANGAN masa lalu merupakan satu perjalanan yang perlu kita lupakan serta dijadikan sebagai pengajaran. Tak semua orang suka apabila kenangan...

Hanez Mohon Hormati Status Sebagai Seorang Isteri

29/03/2018
0

BARU-BARU ini, penyanyi kelahiran Singapura iaitu Awi Rafael mendedahkan dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaime sejak lapan tahun lalu ketika masih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd