• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Lakar Kemenangan Besar Ke Atas ATM

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kelantan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila membelasah pasukan bawahan liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini malam tadi.

Kemenangan kelima itu yang diraih musim ini, menyaksikan Kelantan mengumpul 18 mata, namun kekal di tangga kesembilan carta Liga Super.

Pada aksi malam ini, Kelantan membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi pemain import dari Colombia, Erwin Carillo yang memanfaatkan hantaran daripada Gilmar Da Silva.

Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila pemain sayap ATM, Venice Elphi menyamakan kedudukan, selang lima minit kemudian menerusi rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat.

Namun, Kelantan kembali bangkit meledak dua jaringan, masing-masing menerusi Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-38 dan Mohd Norfarhan Muhammad, selang empat minit kemudian.

Keputusan 3-1 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, ATM terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah pemain pertahanan, Nor Fadly Alias diperintahkan keluar padang oleh pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaakob selepas mengutip kad kuning kedua.

Kesempatan berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan Kelantan yang menambah dua lagi jaringan menerusi Erwin Carillo pada minit ke-64 dan pemain gantian, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-74.

Perlawanan berkenaan yang sepatutnya diadakan pada bulan Ramadan lepas, terpaksa ditunda ke hari ini, berikutan kerajaan Kelantan menggunakan perkarangan stadium untuk program Madinah Ramadan. – BERNAMA

Tags: Liga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

JDT Berpesta Gol ‘Benam’ Kelantan TRW FC 14-1, Rekod Kemenangan Terbesar Liga Super

10/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah baharu Liga Super apabila merekodkan kemenangan paling besar dalam sejarah saingan...

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

JDT Cipta Rekod Baharu Liga Super, Ledak 103 Gol Dalam Semusim Selepas Tewaskan KL City FC 7-0

03/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan dominasi mereka apabila mencipta rekod baharu Liga Super bagi jumlah jaringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd