• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Najib Rombak Kabinet Tak Perlu Dipersoal – Tg Adnan

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meminta kesemua barisan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan serta ahli-ahli UMNO untuk bertenang dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden parti itu, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, Tengku Adnan juga menyatakan keputusan Presiden itu untuk merombak kabinet hari ini tidak perlu dipersoalkan.

“Keputusan YAB Presiden untuk melakukan rombakan kabinet hari ini tidak perlu dipersoalkan sebagaimana hak beliau yang memegang amanah bagi memastikan barisan Jemaah Menteri kukuh dalam menghadapi cabaran mengurus tadbir negara,” katanya.

Disamping itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) Malaysia dengan beberapa anggota kabinet yang baharu dilantik.

Dalam kenyataan yang sama beliau juga menzahirkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada bekas TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Dato’ Seri Shapie Apdal serta Dato’ Hassan Malik yang telah mencurahkan khidmat bakti dalam kementerian masing-masing sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MenteriPerdana MenteriTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd