• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Al-Quran Tertua Dunia’ Diragui Kesahihannya

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Makkah – Ahli sejarawan dan pakar manuskrip menyatakan keraguan mereka mengenai penemuan manuskrip al-Quran yang didakwa tertua di dunia oleh Universiti Birmigham, minggu lalu.

Universiti itu baru-baru ini mendedahkan dua kekulit yang ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama yang dipercayai ditulis sekitar 568 hingga 645 Masihi.

Universiti itu mendakwa manuskrip berkenaan mungkin ditulis sekitar waktu kehidupan Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, akhbar Makkah melaporkan kelmarin bahawa beberapa faktor membuktikan manuskrip itu kemungkinan besar ditulis selepas kewafatannya.

Pakar berpendapat bahawa ketika zaman Nabi Muhammad SAW, tiada pemisah antara surah menggunakan warna merah, selain tiada dakwat merah digunakan untuk menulis kalimah Bismillah pada awal surah. Tambahan faktor bahawa surah di dalam al-Quran tidak disusun seperti mana keadaannya pada zaman ini.

Pakar manuskrip, Abdul Sattar Al-Halouji menuduh universiti itu sekadar berhelah untuk mendapatkan publisiti.

Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia

“Sukar untuk mengenal pasti sama ada manuskrip berkenaan ditulis ketika hayat Nabi Muhammad SAW. Pihak universiti sepatutnya mengkaji dakwat dan bukan kekulit digunakan,” katanya.

Sementara itu, seorang pakar arkeologi berkata: “Manuskrip itu mungkin ditulis pada zaman Othman bin Affan, yang menjadi khalifah beberapa tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.”

Dekan perpustakaan Universiti Umm Al-Qura, Adnan Al-Sharif pula berkata, wujud banyak keraguan mengenai dakwaan penemuan manuskrip tertua itu.

Katanya, pemeriksaan radiokarbon manuskrip pula hanya boleh menunjukkan abad dan bukan tahun ia ditulis. Pendiriannya sama dengan seorang lagi pakar manuskrip, Abbas Tashkandi yang berpendapat kekulit berkenaan lebih berusia berbanding tulisannya.

– Agensi/myMetro Online

Tags: Al-QuranMekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd