• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Foto Pegang Anjing & Patung Jesus, Hasnul Dituduh Free Thinker

oleh Ahmad Albab
28/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN nama Hasnul Rahmat bukanlah sebaris dengan pelakon-pelakon popular lain, namun ramai yang mengakui, bakat dimilikinya memang bukan calang-calang.

Membintangi banyak filem antaranya KL Menjerit, Paloh, Lang Buana, Buai Laju-Laju dan Rock, Hasnul pernah beberapa kali tercalon dan menang dalam kategori pelakon pembantu terbaik.

Namun lumrah dunia hiburan, walaupun nama kurang dikenali, setiap tindak-tanduk akan mendapat perhatian umum, kan?

Baru-baru ini, tindakan Hasnul memuat naik dua keping gambar di laman Instagram peribadinya mengundang kecaman netizen apabila ia dilihat melanggar norma kehidupan seorang Islam.

Menerusi gambar pertama, ia menunjukkan Hasnul sedang memegang dua ekor anjing yang duduk di sebelahnya. Tak pasti sama ada Hasnul tak ambil pengajaran dari tindakan terdahulu selebriti lain yang teruk dikutuk kerana berpegangan dengan haiwan tersebut atau dia memang sengaja nak cari publisiti dengan cara demikian.

Dalam post seterusnya pula, ramai mengkritik tindakan Hasnul kerana memasukkan gambar patung Jesus yang dipegangnya. Walaupun kapsyennya hanya terselit gurauan, namun tindakan itu tetap mendapat reaksi negatif.

Untitled

Menerusi ruang komen di Instagram miss_kepoh yang berkongsi foto itu, pengguna menuduh Hasnul sebagai seorang free-thinker, atau dalam bahasa mudahnya, tak berpegang kepada mana-mana ajaran agama.

Nauzubillah, rasanya kalau nak mengkritik pun usahlah sehingga menuduh sesuatu yang tak pasti, tambah-tambah melibatkan perihal sensitif seperti agama.

Apa-apapun, di pihak Hasnul, dia sepatutnya berfikir seribu kali dahulu untuk bertindak sedemikian kerana ia boleh mengundang telahan orang awam. Ya, walaupun itu haknya untuk melakukan apa saja, tapi jangan runsing kalau ada yang mengejinya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Hasnul Rahmat – Bila Hati Telah Hitam

https://www.youtube.com/watch?v=OWp1FW2sifU

Tags: FILEMHasnul Rahmatkontroversipelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd